PERBEZAAN UBAT DAN SUPLEMEN - PENGEDAR SHAKLEE TERENGGANU♥ PENGEDAR SHAKLEE TERENGGANU♥: PERBEZAAN UBAT DAN SUPLEMEN

10/31/2013

PERBEZAAN UBAT DAN SUPLEMEN

Hamizah | 10/31/2013 05:09:00 PM | 0 Komen

Terdapat perbezaan antara ubat dan suplemen.

Ubat hanya dimakan oleh orang yang sakit dan memberikan kemudaratan pada orang yang sihat. Sementara suplemen boleh digunakan oleh kedua-dua golongan orang yang sakit dan orang yang sihat. Jadi pastikan yang kita ambil itu jatuh dalam kategori ubat atau suplemen.

Oleh kerana terlalu banyak ubat dan suplemen di pasaran yang dijual samada di hospital, klinik, farmasi atau secara online, sebagai orang Islam harus berhati-hati. Bahan-bahan yang digunakan mestilah halal. 

Dalam keadaan tertentu di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan. 

Tetapi pengecualian ini tidak tertakluk pada suplemen kerana suplemen bukanlah ubat yang sangat diperlukan merawat penyakit. Suplemen hanya membantu seseorang untuk menjadi lebih sihat dan membantu proses penyembuhan penyakit.

Kredit: Dr Zubaidi



ARTIKEL MENARIK YANG LAIN

No comments:

Post a Comment

♥♥ Conteng La Kalau Sudi ♥♥

PENGEDAR SHAKLEE TERENGGANU♥ © . Designed by MaisarahSidi.com